Pakistan dan Ghazwa E Hind / Perang Dunia Ketiga
Muhammad Qasim
bin Abdul Karim
Seiring dengan
perkembangan peristiwa-peristiwa terkini
di seluruh dunia yang sedang mendedahkan sifat misteri mereka, kami akan
menerangkan beberapa fakta mengenai Perang Dunia Ketiga atau Ghazwa-e-Hind yang
tidak pernah anda dengar sebelumnya daripada sesiapa.
Ini kerana saya
telah ditunjukkan dengan mimpi ilahi
oleh Allah SWT tentang Perang Dunia Ketiga, Kebangkitan Islam, Dajjal, Isa (AS),
Ya’juj Ma’juj dan Qiyamah selama 27 tahun yang lalu. Saya berkongsi mimpi saya
kerana saya diarahkan oleh Nabi Muhammad ﷺ
untuk berkongsi mimpi saya ke seluruh dunia. Mimpi saya adalah sejajar dengan
bimbingan Quran dan Sunnah kerana ia adalah dari Tuhan Seluruh Alam Semesta,
Allah (swt). Hadis-hadis di bawah adalah dari Nabi dan Rasul yang terakhir , Nabi Muhammad ﷺ . Baginda ﷺ juga memberikan panduan yang jelas tentang terjadinya Ghazwa-e-Hind
dan turunnya Isa (AS).
"Sesetengah
dari umatku akan menakluki India dan Allah akan membolehkan mereka
menaklukkannya, sehingga mereka membawa raja-raja India yang di rantai, dan Allah
akan mengampuni dosa-dosa mereka. Kemudian mereka akan kembali ke ash-Shaam
(Syria) dan mereka akan mendapati 'Isa ibn Maryam di Syria.'
Diriwayatkan
oleh Na'eem ibn Hammaad di al-Fitan (halaman 399)
Daripada Thauban r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, " Terdapat dua golongan dari umatku yang Allah telah mengharamkan mereka dari api neraka. Satu golongan yang berperang menentang India, dan satu golongan lagi yang berperang bersama-sama Nabi Isa a.s putera Maryam (menentang Dajjal dan pengikutnya).” Diriwayatkan oleh an-Nasaa'i (no 3175) dan Imam Ahmad dalam al-Musnad (37/81), Edisi Mu'sasat ar-Risaalah. Dikelaskan sebagai hasan oleh pengulas pada al-Musnad sahih oleh al-Albaani dalam as-Silsilah as-Saheehah (no 1934)
Saya telah
melihat Perang Dunia Ketiga atau Ghazwa-e-Hind banyak kali dalam mimpi yang
telah ditunjukkan kepada saya oleh Allah (swt) dengan belas kasihNya.
Ghazwa-e-Hind akan menjadi sebahagian daripada Perang Dunia Ketiga. Perang ini
dikenakan ke atas Pakistan oleh musuh-musuh dan kami hanya mempertahankan
Pakistan dan Islam. Inilah perang yang paling buruk di dunia. Perang ini
diperjuangkan oleh umat Islam bukan sahaja untuk kelangsungan hidup Pakistan
tetapi juga untuk kelangsungan hidup Islam, kerana sebelum perang ini, dua
istana utama Islam, Turki dan Arab Saudi, dimusnahkan oleh musuh. Oleh kerana
Pakistan adalah istana terakhir Islam, maka ia merupakan sebab penting untuk
menyelamatkan Pakistan demi kelangsungan hidup Islam.
Saya telah
melihat dalam mimpi-mimpi saya bahawa sebelum perang ini bermula, musuh akan melakukan
banyak konspirasi terhadap Pakistan dan mereka akan cuba menjadikan Pakistan
sebagai Tora Bora. Pakistan dan Tentera Daratnya akan dikelilingi oleh masalah
yang serius dan mereka tidak dapat mencari jalan keluar dari masalah ini.
Kemudian berita mengenai mimpi saya akhirnya sampai kepada Ketua Angkatan
Tentera Pakistan dengan belas kasihNya. Ketua Tentera pun mendengarkan mimpi-mimpi
saya dengan teliti dan percaya akannya. Nabi Muhammad ﷺ
juga memberi kesaksian kepada Ketua Angkatan Tentera melalui sebuah mimpi
bahawa Qasim tidak berbohong tentang mimpinya,
mimpi-mimpi itu adalah benar dan ianya berasal dari Allah (swt) dan perkara-perkara
akan terungkap tepat seperti yang telah ditunjukkan Allah kepada Qasim di dalam
mimpinya.
Selepas itu,
tentera Pakistan dan orang awam mula mempercayai mimpi saya lebih daripada
sebelumnya. Kemudian rakyat Pakistan dan tenteranya mengambil langkah berani
untuk menyelamatkan Pakistan dan orang yang benar-benar menyintai Pakistan mula
memerintahnya. Setelah itu, Pakistan berkembang dengan pesat dan kami membuat
kapal terbang, kapal dan teknologi lain dan kami muncul menjadi negara yang kaya
di dunia. Kami menyiapkan diri untuk
perang yang akan dikenakan ke atas kami. Walau bagaimanapun, kemusnahan masih
berterusan di Timur Tengah selepas kejatuhan Arab Saudi dan Turki.
Pada tarikh 3
Mac 2017, saya melihat mimpi tentang Perang Dunia Ketiga. Dalam mimpi ini,
apabila kemusnahan telah bermula di Turki maka Rusia pun terjun ke Timur Tengah untuk menakluk tanah-tanah.
Kemudian Israel juga menjadi sangat aktif dan membina sebuah kubu untuk Dajjal di Palestin. AS menyokong Israel dengan segala
cara, dan pada satu ketika Amerika Syarikat juga terjun ke Timur Tengah .Setelah
itu, Perang Dunia 3 (Malhamatul Kubra) yang juga dikenali sebagai Armageddon
pun bermula dan negara-negara Arab telah terjejas teruk olehnya. Turki, Arab
Saudi, Palestin, Yaman, Syria, Iraq, Qatar, UAE, Mesir dan negara-negara Arab
yang lain kehilangan wilayah mereka. Kemudian India , sekutunya Amerika
Syarikat dan Israel, menyerang Pakistan dan perang itu disebut sebagai Ghazwa-e-Hind
kerana Pakistan akan bertempur untuk mempertahankan dirinya dan Islam . Ia juga
dikenali sebagai sebahagian daripada Perang Dunia Ketiga. Umat Islam terus
dikalahkan dalam Perang Dunia Ketiga dan kemusnahan yang dahsyat telah tersebar
di Timur Tengah.
Selepas ini
musuh-musuh itupun mahu memusnahkan Pakistan tetapi Tuhan membantu Pakistan dan
tenteranya dengan kuasa-Nya yang tidak kelihatan dan jet pejuang hitam (Penanda
Hitam Dari Tanah sebelum Khorasan). Jet-jet
pejuang ini adalah sangat kuat dan maju dalam teknologi. Seluruh dunia menjadi kagum saat melihat akan prestasi,
kelajuan dan ketepatannya. Pakistan juga berarak ke arah Kashmir, membebaskannya dari penindasan dan memberi kemerdekaan
dengan bantuan jet-jet pejuang hitam ini.
India menjadi takut terhadap pesawat pejuang itu dan tidak berani melakukan
apa-apa. Selepas melihat jet pejuang hitam yang kuat itu , orang Islam dari
seluruh dunia datang ke Pakistan untuk kebangkitan Islam dan menyertai
Ghazwa-e-Hind. Pakistan juga mengambil langkah berjaga-jaga dalam keselamatan termasuklah
keselamatan orang Islam yang tinggal di India supaya mereka terselamat
sekiranya perang tercetus. Seluruh dunia menyaksikan bahawa umat Islam menjadi
lebih bersatu sekali lagi.
Melihatkan
keadaan ini , Amerika , sekutunya dan kumpulan pengganas yang lain membuat
pakatan dengan India dan bersumpah
bahawa mereka akan pergi dan melawan Perang Dunia Ketiga di Pakistan dan menaklukkannya.
Kemudian perang melawan Pakistan pun bermula. Pakistan memenangi perang ini dengan bantuan jet
pejuang hitam yang berkuasa. Umat Islam mendapat kemenangan yang pertama mereka
dalam Perang Dunia Ketiga dalam bentuk Ghazwa-e-Hind. Kemudian Indonesia dan
Malaysia serta umat Islam dari timur turut menyertai Pakistan untuk
mengembalikan wilayah mereka yang hilang.
Sesudah itu,Pakistan pun terjun ke Timur Tengah dan
bertempur dengan kedua-dua kuasa besar
itu. Pakistan menyerang dengan jet pejuang hitam yang berkuasa tersebut sehingga
tiada siapa yang dapat menandingi mereka. Pakistan menakluki semua kawasan yang
hilang di Timur Tengah termasuk Turki, dan mengalahkan kedua-dua kuasa besar,
Amerika Syarikat dan Rusia. Semua kawasan ini juga menjadi sebahagian daripada
Pakistan. Pakistan menjadi kuasa besar yang tunggal di dunia dan membina semula
semua kawasan di Timur Tengah. Kesemua kawasan itu dipenuhi dengan kedamaian ditempat di mana perang dunia ketiga telah tercetus . Kemudian Islam yang sejati milik
Nabi Muhammad ﷺ pun menyebar ke seluruh dunia dan dunia mula menjadi damai. Islam
sekali lagi tersebar ke seluruh dunia dan semua orang menyaksikan bahawa Islam
yang sebenar Nabi Muhammad ﷺ itu adalah penuh dengan kedamaian dan kemakmuran. Terdapat rahmat
dan berkat Allah di mana-mana dan tidak ada sesiapun yang bersedih atau miskin.
Dan yang paling utama Allah senang dengan kita. Kedamaian ini kekal selama 8
atau 10 tahun. Kemudian Dajjal pun muncul dan umat Islam akan bertempur dengan
pasukannya sehinggalah turunnya Nabi Isa (A.S). Allahuallim.

SubhanAllah.... indeed muhammad qasim is truthful n his divine dreams are special blessing n pure mercy upon Muslim ummah from Allah swt. Allah is al-qadir / omnipotent and can do everything. Promise of allah is truth. Only allah can turn these dreams into reality.
ReplyDeleteMaaShaAllah, nice explanation Muhammad Qasim's dreams are a blessing and mercy from Allah(swt) Muslims should take heed from these messages and unite for the Rise of Islam.
ReplyDeleteAlhamdulilah the promise of Allah is forever true and all of Qasims dreams will come to pass just as he has explained them to us, even if all of mankind, the shayateen, and Jinn come together they will still never be able to produce it or anything like it because it is from Allah swt himself. Remember how the people of the past denied the signs from Allah(God) and look at what they’re outcome was. Let’s not make the same mistake let’s follow what we have been commanded by The lord of the Throne, through Qasims Dreams so that we may be amongst the successful. Allah is a watcher and a listener and he is closer to us than our juggler vein so be true and follow the strait way and never loose hope In Allah(God) he is always ready to forgive who he wills.
ReplyDeleteMaaShaAllah, nice explanation Muhammad Qasim's dreams are a blessing ...Muhammad Qasim is a true person. his dreams come to Allah and command by Allah...so, read it and spread it...
ReplyDelete